Latar Belakang Desa KEDA Leret

Surau Desa KEDA Leret

Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1989 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.

Desa KEDA Leret merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 2006 dan mula diduduki pada tahun 2008. Penempatan ini menempatkan sebanyak 66 buah rumah dan memberi manfaat kepada 330 orang penduduk di Daerah Bandar Baharu.